BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 17, 2010

~Kisah Seorang Insan Bernama Akasyah~


Pernah diceritakan suatu peristiwa apabila Rasulullah s.a.w berkata, "apabila ada di antara kalian yang merasa pernah kuzalimi, ku harap dia mahu menuntutnya dariku di dunia ini sebelum datangnya tuntutan yang amat dasyat pada hari akhirat kelak.".

Berulang kali Nabi Muhammad mengucapkan kata-kata itu, tetapi tidak ada suara yang mahu menyahutnya. Sebaliknya ada yang menangis menyaksikan ketulusan dan keadilan seorang pemimpin agung ini yang sudah berkorban segala-galanya demi umatnya.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang bernama Akasyah bin Muhshin dan berkata, "Aku ya Rasulullah yang akan mengajukan tuntutan padamu?". Mendengar kata-kata Akasyah para sahabt di sekitar nabi seakan disambar petir yang dasyat. Jantung mereka berdebar dan suara tangisan saling bersahutan.

Kemudian kata Rsaulullah, "biarkan Akasyah mengajukan tuntutannya kepadaku, aku lebih bahagia boleh menunaikannya di dunia ini sebelum tibanya hari kiamat kelak"..."Wahai Akasyah katakanlah apa yang pernah ku lakukan terhadap dirimu sehingga engaku berhak membalas terhadap diriku.

Lalu Akasyah berkata, "pernah suatu ketika waktu itu untaku berada di samping untamu. Aku turun dari untaku untuk menghampirimu, tiba-tiba baginda angkat kayu penyebat unta baginda dan kayu itu mengenai bahagian belakangku. Aku tidak tahu apakah baginda lakukan itu dengan sengaja atau kerana ingin menyebat unta itu?"

Kemudian Rasulullah menjawab, 'Wahai Akasyah, Rasul ALLAH tidak akan sengaja melakukan perbuatan seperti itu, tetapi bagaimanapun engkau mempunyai hak untuk membalasnya.

Lalu Rsaulullah menyuruh bilal pergi ke rumah puterinya Fatimah untuk mengambil kayu di sana agar dapat diberikan kepada Akasyah untuk membalas semula. Setibayan di rumah fatimah, fatimah sanagt terkejut dan mengatakan "wahai Bilal apakah ada orang yang sanggup memukul nabi dengan kayu?" Tanpa menjawab, Bilal berlalu emninggalkan rumah Fatimah sambil membawa kayu itu.

Setibanya di situ, para sahabat yang menyaksikan turut berkata kepada Akasyah, "Wahai Akasyah, kami mahu menjadi tebusan Nabi. Balaslah kami asal jangan engkau balas ke atas kasad Nabi s.a.w.

Lalu Rasulullah berkata lagi " Biarkanlah Akasyah wahai para sahabatku, sungguh ALLAH Maha Mengetahui akan kedudukan kalian". "Wahai Akasyah, pukullah aku apabial benar bahawa aku pernah memukulmu".

"Tetapi ya Rasulullah, waktu baginda memukul aku, saat itu aku tidak memakai baju," jawab Akasyah.

Nabi membuka bajunya dan bersedia untuk dipukul Akasyah. Para sahabat menangis menyaksikan kejadian itu. Tiba-tiba Akasyah membuang kayu yang digenggamnya, lalu memeluk dan meletakkan tubuhnya pada tubuh Rasululllah s.a.w dan berkata "Wahai junjunganku Rsaulullah, jiwa ini adalah tebusanmu; hati siapa yang akan tergamak memukulmu. Aku lakukan ini semata-mata berharap badan ini boleh bersentuhan denagn badanmu yang mulia. Dengannya ku harap ALLAH akan boleh memeliharaku dari sentuhan api neraka.

Nabi kemudian bersabda; "Ketahuilah bahawa siapa yang ingin melihat penghuni syurga, maka lihatlah Akasyah."

0 comments: