BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 29, 2010

Kelebihan Kita Sebagai Umat Muhammad...




KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:


· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam Syurga dan aku dikeluarkan dari Syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam Syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.


Firman Allah Kepada Jibrail ( Semasa Penciptaan Jibrail )

Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarakperjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang me reka kerjakan....."

Jika kita meneliti akan kelebihan yang diberikan kepada kita selaku umat Nabi Muhammad SAW, maka jelaslah bahawa kita adalah hamba Allah yang dipilih untuk sama-sama memperjuangkan apa yang Nabi Muhammad SAW perjuangkan semasa dalam hayat Baginda SAW.

Dengan keistimewaan yang diberikankan kepada kita, sama-sama bersyukur dan manfaatkannya. Jangan sekali-kali mensia-siakannya. Buktilah bahawa kita adalah umat yang terbaik. Umat yang terbaik berbanding dengan umat-umat para Nabi Alaihi Solatu Wasalam yang terdahulu.

Sunday, December 26, 2010

Nabi Isa AS

Nabi Isa dan Mukjizat

Al Qur'an juga menceritakan perihal Nabi Isa yang diberikan mukjizat oleh Tuhan.

Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian (dari) mereka atas sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya beberapa darjat. Dan Kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami perkuat dia dengan Ruhul Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya. (Surah Al Baqarah ayat 253)

(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan ijin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata". (Al Maa'idah ayat 110)

Isa tidak dibunuh ataupun disalib

Al-Qur'an menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot)

dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. (An Nisaa' : 157)

Isa diselamatkan oleh Allah SWT dengan diangkat ke langit

Nabi Isa as. diselamatkan oleh Allah SWT. dengan cara diangkat ke langit dan ditempatkan disuatu tempat yang hanya Allah SWT yang tahu. Al Qur'an menjelaskan tentang peristiwa penyelamatan ini.

Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (An Nisaa':158)

Berdasarkan kepada ayat yang sama, sebahagian kecil umat Islam pula yang berpendapat bahawa Nabi Isa as diselamatkan dari kematian di tiang salib, kemudian telah wafat sewajarnya manusia, dengan demikian darjat baginda telah ditinggikan oleh Allah SWT dengan terhindar dari kematian di tiang salib.

Walaubagaimanapun, sebilangan besar umat Islam mempercayai Nabi Allah Isa telah diangkat beserta dengan jasad-jasadnya sekali ke Sisi-Allah.Hal ini berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku ketika Nabi Allah Isa bersama kaum Hawariyyun (12 orang) menjamah makanan moreh terakhir bersama dalam peristiwa (the last supper). Pada waktu itu Nabi Isa ada menyebutkan yang salah seorang dari kaum Hawariyyun akan mengkhianatinya .

Dan tatkala ketika Nabi Isa bersama dengan kaum Hawariyyun di (Taman Gethsamani, BaitulMaqdis, jerusalem) selepas makan moreh(untuk bertahannuth, bertaqarrub, bertasbih, dan berdoa kepada Allah) datang salah seorang dari kaum hawariyyun kepada Nabi Allah Isa yang digelar judas iscariot, cuba untuk membisikkan sesuatu kepada nabi Allah Isa, sekumupulan kecil dari tentera Rom turut hadir dan menunggu diluar Taman Gethsamani bagi memastikan orang yang pertama yang keluar dari taman itu adalah Isa AlMasih yang dimaksudkan.Namun kuasa Allah Yang maha Tinggi dan Terpuji serta kasih kepada Rasul dan hambanya, Allah telah menyelamatkan Nabi Isa ke langit dan serta merta menukarkan paras rupa Yudas supaya seiras dengan raut wajah Nabi Isa. Apabila tentera Rom mendapati bahawa orang yang keluar dari taman itu adalah berparas rupakan seseorang yang mirip dengan Isa putera Maryam, mereka menangkap Yudas dan dibawa ke muka pengadilan supaya dapat disalibkan.

Namun begitu, para pembesar Israel, Kesyatria Rom dan majlis kehakiman benar-benar bertelagah dan berasa was-was adakah orang yang dimaksudkan itu adalah Isa atau orang lain, hal ini kerana walaupun mukanya mirip muka Isa , namun perwatakan orang itu amat berbeza sekali dengan Nabi Isa. 11 orang kaum Hawariyyun yang lain pada peristiwa itu telah pun berpisah dan melarikan diri bagi mengelakkan diri mereka dikesan oleh para pembesar Israel . Namun tidak berapa lama kemudian mereka bertemu semula untuk memastikan diantara mereka sentiasa mempraktikkan segala ilmu duniawi dn ukhrawi yang telah diajarkan oleh Nabi Isa sebelumnya. Serta mereka mengharapkan kedatangan pemimpin yang masyhur yang dijanjikan kedatangannya oleh Allah iaitu Nabi Muhammad Rasullullah.

Nabi Isa akan diturunkan kembali ke bumi

Nabi Isa as. sehingga kini masih hidup dan hanya Allah SWT saja tahu dimana Nabi Isa ditempatkan.

Dari keterangan hadis Nabi Muhammad saw. diceritakan bahawa menjelang hari kiamat / akhir zaman, Nabi Isa akan di turunkan oleh Allah SWT dari langit ke bumi (The Second Coming dalam versi Kristian).

Peristiwa itu tergambar dari hadis berikut :

"Tidak ada seorang nabi pun antara aku ( Nabi Muhammad SAW) dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya,maka ketahuilah;bahwa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang,berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah,kepalanya seakan-akan meneteskan air waulupun ia tidak basah". (HR Abu Dawud)

"Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat,sehingga turunlah Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi) : " Kemarilah dan imamilah shalat kami". Ia menjawab;"Tidak, sesungguhnya sebagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)". (HR Muslim & Ahmad)

"Tiba-tiba Isa sudah berada diantara mereka dan berkumandangkanlah solat,maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam solat) wahai roh Allah." Ia menjawab:"Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah dia yang mengimami solat kamu". (HR Muslim & Ahmad)

Hal pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahdi.

Adapun lokasi turunnya Nabi Isa dijelaskan oleh Rasulullah saw. dalam sebuah hadist berikut :

"Isa ibn Maryam akan turun di 'Menara Putih'(Al Mannaratul Baidha') di Timur Damsyik". (HR Thabrani dari Aus bin Aus)

Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan & peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi , setelah dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari , maka Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan dajjal

Nabi Isa akan membunuh Dajjal

Turunnya Nabi Isa ke bumi mempunyai misi menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dan membersihkan segala penyimpangan agama ,baginda akan bekerjasama dengan Imam Mahdi membanteras semua musuh-musuh Allah.

Dikisahkan setelah Nabi Isa as. selesaikan menunaikan solat, ia berkata : "Keluarlah kamu (pasukan kaum muslimin) semua bersama kami untuk menghadapi musuh Allah, iaitu dajjal." Lalu mereka pun keluar, kemudian Ia (Isa) dilihat oleh dajjal yang laknat yang baru saja mendakwa kepada manusia, bahawa ia adalah raja yang mendapat petunjuk dan pemimpin yang arif serta bijaksana, bahkan mengaku sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi. Begitu 'Isa dilihat oleh dajjal, dajjal pun meleleh seperti garam yang meleleh di di air. Kemudian dajjal melarikan diri, akan tetapi ia dihadang oleh Isa di pintu kota Lud di Palestin. Sekiranya Isa membiarkan saja hal ini maka dajjal akan hancur seperti garam dalam air, akan tetapi Isa berkata kepadanya :"Sesungguhnya aku berhak untuk menghajar kamu dengan satu pukulan." Lalu Isa as. menombak dan membunuhnya, maka Isa as. memperlihatkan kepada semua orang darah dajjal di tombaknya. Maka tahu dan sadarlah para pengikut dajjal dari kalangan Yahudi , bahwa dajjal bukanlah Allah. Jika benar apa yang didakwakan dajjal(dajjal mengaku sebagai tuhan) tentulah dajjal tidak akan dapat dibunuh oleh Nabi 'Isa.

Nabi Isa akan menyelamatkan manusia dari fitnah Ya'juj dan Ma'juj

Salah satu tugas besar beliau setelah membunuh dajjal adalah menyelamatkan ummat manusia dari fitnah Ya'juj dan Ma'juj (Gog dan Magog dalam versi Kristian).

Dikisahkan, fitnah dan kejahatan mereka (Ya'juj dan Ma'juj) sangat besar dan menyeluruh , tiada seorang manusiapun yang dapat mengatasinya, jumlah mereka pun sangat banyak sehingga kaum Muslimin akan menyalakan api selama 7 tahun untuk berlindung dari penyerangan mereka, para pemanah dan perisai mereka. (seperti yang diterangkan dalam hadist yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Nawwas)

Maka saat mereka telah keluar (dari diding tembaga yang mengurung mereka sejak zaman raja Zulkarnain) maka Allah SWT berkata kepada Isa ibn Maryam: "Sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba(Ya'juj dan Ma'juj)yang tidak mampu diperangi oleh siapapun, maka hendaklah kamu mengasingkan hamba-hambaKu ke Thur (Thursina) "

Dan di Thur terkepunglah Nabiyullah 'Isa beserta para sahabatnya, sehingga harga sebuah kepala sapi lebih mahal dari 100 dinar kamu hari ini.Kemudian Nabiyullah 'Isa dan para sahabatnya ,menginginkan itu, maka mereka tidak menemukan sejengkalpun dari tanah di bumi kecuali ia dipenuhi oleh bau anyir dan busuk mereka.Kemudian Nabi Isa dan sahabatnya meminta kelapangan kepada Allah SWT maka Allah mengutus seekor burung yang akan membawa mereka kemudian menurunkan mereka sesuai dengan kehendak Allah , kemudian Allah menurunkan air hujan yang tidak meninggalkan satu rumahpun dikota atau di kampung, maka Ia membasahi bumi sehingga menjadi seperti sumur yang penuh." (HR. Ahmad,Muslim & Tirmidzi dari An Nawwas bin Sam'am)

Catatatan dalam versi Kristian "orang-orang beriman akan diselamatkan dibawa ke awan"

Dahsyatnya fitnah Ya'juj dan Ma'juj digambarkan dalam sebuah hadist Rasulullah saw. sbb:

"Dinding Ya'juj dan Majjuj akan terbuka, maka mereka akan menyerang semua manusia, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat-tempat yang tinggi" (QS . Al Anbiyaa' : 96). Maka mereka akan menyerang manusia, sedangkan kaum Muslim akan berlarian dari mereka ke kota-kota dan benteng-benteng mereka, kemudian mereka mengambil binatang-binatang ternak bersama mereka. Sedangkan mereka (Ya'juj dan Ma'juj) meminum semua air di bumi, sehingga apabila sebahagian mereka melewati sebuah sungai maka merekapun meminum air sungai tersebut sampai kering dan ketika sebagian yang lain dari mereka melewati sungai yang sudah kering tersebut, maka mereka berkata: "Dulu di sini pernah ada air". Dan apabila tidak ada lagi manusia yang tersisa kecuali seorang saja di sebuah kota atau benteng, maka berkatalah salah seorang dari mereka: "Mereka-mereka penduduk bumi sudah kita habisi, maka yang tertinggal adalah penduduk langit", kemudian salah seorang dari mereka melemparkan tombaknya ke langit, dan tombak tersebut kembali dengan berlumur darah yang menunjukkan suatu bala dan fitnah. Maka tatkala rnereka sedang asyik berbuat demikian, Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutus ulat ke pundak mereka seperti ulat belalang yang keluar dari kuduknya, maka pada pagi harinya mereka pun mati dan tidak terdengar satu nafaspun. Setelah itu kaum Muslim berkata: "Apakah ada seorang laki-laki yang mau menjual dirinya untuk kami berani mati) untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh musuh kita ini?" maka majulah salah seorang dari mereka dengan perasaan (menganggap) bahwa ia telah mati, kemudian dia menemui bahwa mereka semua telah mati dalam keadaan sebagian mereka di atas sebagian yang lain (berhimpitan), maka laki-laki tersebut menyeru: "Wahai semua kaum Muslim bergembiralah kamu sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri sudah membinasakan musuhmu", maka mereka pun keluar dari kota-kota dan benteng-benteng dan melepaskan ternak-ternak mereka ke padang-padang rumput kemudian padang rumput tersebut dipenuhi oleh daging-daging binatang ternak, maka semua susu ternak tersebut gemuk (penuh) seperti tunas pohon yang paling bagus yang tidak pernah dipotong." (HR. Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hiban dan Hakim dari Abu Sa'id)

Nabi Isa akan menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman

Menurut suatu riwayat Nabi Isa ,setelah turun dari langit akan menetap di bumi sampai wafatnya selama 40 tahun. Ia akan memimpin dengan penuh keadilan , sebagaimana yang diceritakan dalam hadist berikut :

"Demi yang diriku berada ditanganya,sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil,maka ia akan menghancurkan salib,membunuh babi,menolak upeti,melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mau menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya" (HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,Nasa'I,Ibn Majah dari Abi Hurairah)

Nabi Isa akan menunaikan Ibadah Haji

Diceritakan dalam sebuah hadist bahwa Nabi Isa akan melaksanakan haji.

"Demi Dzat yang diriku berada ditanganya,sesungguhnya Ibn Maryam akan mengucapkan tahlil dengan berjalan kaki untuk melaksanakan haji atau umrah atau kedua-duanya dengan serentak".(HR. Ahmad & Muslim dari Abi Hurairah)

Nabi Isa akan wafat

Janji Allah pasti berlaku pada semua hambanya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa as. . Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT. akan mewafatkan Nabi Isa. Hanya Allah SWT saja yang tahu bila dan dimana Nabi Isa akan diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa as. dunia kemudian akan mengalami kiamat. Wallahu a'lamu bishowab.



Dajjal yg perlu di ambil berat kehadirannya!


Dajjal....

Asal Keturunan Dajjal

Dajjal adalah manusia daripada keturunan Yahudi... dia bukan jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya "Minal Munzharin"...

Seperti halnya Nabi Isa As yang diangkat oleh Allah ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini ..lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawwarah...

Ayahnya seorang tinggi dan gemuk..hidungnya seperti paruh burung..sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya..

Menurut imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya adalah keturunan Dukun Yahudi yang dikenali dengan nama "Syaq" manakala ibunya daripada bangsa Jin...

Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman As dan mempunyai dengan keturunan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman As ianya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walaubagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Tubuh Badan Dajjal

Hadis Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda "Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta ia mempunyai Syurga dan Neraka. Neraka itu merupakan Syurga dan Syurga pula merupakan Neraka."

Ada beberapa ciri perwatakan Dajjal yang disebutkan dalam hadis Rasullulah SAW antaranya :

1. Seorang kelihatanya masih muda.
2. Berbadan besar dan kemerah-merahan.
3. Rambutnya kerinting dan tebal.
4. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
5. Tanda yg paling kelihatan . Buta mata kirinya seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan dan berkelip kelip laksana bintang.

Kedua-dua matanya adalah cacat tertulis di dahinya tulisan Kafir (Kaf-Fa-Ra). Tulisan ini dapat di baca oleh setiap orang islam, samada dia pandai membaca ataupyn tidak.

Mengikut Hadis Riwayat At-Thabrani, kedua-dua tnda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku dirinya Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tnda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya

Menurut riwayat "Shahih Muslim" Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai disebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "Al-Jassasah".

Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia tunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan muka bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa Lama Ia akan Hidup Setalah Kemunculannya?

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama 40 hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya sama dengan setahun, hari keduanya sama dengan sebulan dan hari ketiga sama dengan 1 minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari biasa.

Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan 14 hari...

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan : Kami bertanya "Wahai Rasulullah! berapa lamakah ia akan tinggal dimuka bumi ini? " Rasulullah menjawab " ia akan tinggal selama 40hari."

"Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (37hari) adalah sama seperti hati kamu yang biasa."

Lalu kami bertanya lagi "Wahai Rasulullah ! di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami sembahyang yang sehari sahaja? (iaitu 5 waktu sahaja)"

Rasulullah menjawab "Tidak cukup! kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang."

Maksud sabda Rasulullah SAW, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu, bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu 7 jam selepas sembahyang subur pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor. dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu 3 jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar dan begitulah seterusnya sewaktu sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh.

Sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa 1 tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya bberapa kemampuan yang luar biasa, diantara kemampuan Dajjal ialah :

1. Segala kesenangan hidup ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.

pada tahun pertama hujan akan turun sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan berkurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul dan membawa ujian.

Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada Awan "Hujanlah kamu di daerah ini !' lalu hujan pun turun dan menyuburkan muka bumi ini.

Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak bersekutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percayakanya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah bertanya, "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "mereka akan berasa kenyang dengan bertahlil, bertasbih,bertakbir, dan bertaubat. Jadi Zikir-zikir itu akan menggantikan makanan."

2. Ada bersamanya seumpama Syurga dan Neraka.

Diantara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama Syurga dan Neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-dua ini untuk menguji iman umat islam. kerana hakikat yg benar adalah sebalik daripada apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga adalah Neraka dan apa yang dikatakan Neraka pula adalah Syurga.

3.Kepantasan perjalanan dan negeri-negeri yang tidak dapat dimasuki

Kepantasan yang dimaksudkan tidak ada pada kenderaan orang dahulu, kalau hari ini maka kita bolehlah mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera-tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan berkilo-kilo kilometer dapat ditempuh dalam 1 jam.

Kami bertanya "Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas permukaan bumi?" Rasulullah menjawab " kepantasan perjalanannya sama sperti kepantasan "Al-Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." HR Muslim

Namun demikian, Dajjal tidak akan dapat memasuki 2 bandar suci umat islam iaitu :

1. Madinah Al-Munawwarah
2. Makkah Al-Mukarramah

4.Bantuan Syaitan-syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucuk Adam As.

Friday, December 17, 2010

~15 Hari Lagi~

Assalamualaikum.....
seperti biasa...aku akn bercerita sedikit sbyk ttng hr smlm dan hari ni yg berlaku...hehe...untuk pngetahuan...hrni adalah hr yg ke 15 lg ntuk aku digelarkan isteri orang...isteri kepada Mohammad Azhafiz Adenan..Ya Rabb..Aku tidak pernah jemu untuk memohon padaMu ya Allah...perkenankan lah doaku ini...satukan la hati ku ini bersama hati Mohammad Azhafiz Adenan...berikanlah kami kesempatan mencintai satu sama lain seperti cinta yang bakal kami penuhi untukMu Ya Allah...berikanlah kami peluang untuk bersama..berikanlah peluang ini berkekalan shingga nafas kami terhenti...restuilah hbgn kami ini ya Allah..15 hr lg hanya milikMu...aku bermohon agar hr yg indah itu menjadi milik aku dan dia yg direstui olehMu Ya Allah.....aminn...

huhu...permulaan yg agk tersentuh...wuu wuu...ok hrni hr jumaat...hari yg indah...hari ni xde ape yg menarik n bruk berlaku pada aku...ianya sempurna seperti biasa...Alhamdulillah...cume harini mama gi outstation ke Melaka...nasib baik 1 hari...huu...aku tau sume org berat hati ketiadaan mama..smua org msti gelisah..mcm yg aku rase...huhu..smoga mama slmat pegi n pulang..amin...so sperti biasa hrini tggllah pakcik,kakuya,faiz, wan, kakika, apis n aku...cume hrini aku blik lewat lg...sbb hafiz nk cr cap besball ntuk bos die...actly office mate die ade wat tukar2 hadiah..so die kene bg cap kt bos die sbb cbutan nama die dpt nama bos die...hehe..nmpk cam sweet..aku suke permainan tu...

so..hari ni mungkin aku blik lewat la ntuk cr cap tu...kesian yg lain kt umah..aku xtau la...aku kesian kt pakcik n wan...ye la wan mmg akan ingtkn mama..lgpn wan ade msa ok ade masa die xigt..so mmg risau la..tp pakcik plak...hmm..mcm mana mkn minum dia? ok ke die? aku mmg susah hati sgt fkirkan die...aku xnk die rase tersisih tnpa mama...tp sdkit sbyk dah ade nmpk skit...aku sbuk ngn apis...kakuya sibuk xnk dok sorang2...hmm..biasa la die..so prasaan kesian kt pkcik mmg mbuak2...tp nk wat cmne? cmne aku nk gembirakan hati pkcik? aku tau hnya mama je yg mampu...aku fhm prasaan pkcik..tp aku xreti cmne nk describe....jap aku nak call die jap...hmmm...ok dah...huhu..hope dia ok la kt umah....

ok skng aku ngah tggu apis...hp die xde bateri lak...kesian die..aku rsau la cmni..hrp2 die slamat...td aku tgk karate kids..hehe..aku bwk cd drp umah...aku bosan sgt xde keje...tah la..Ya Allah ko murahkanlah rezki aku ntuk dapat kerjaya di sektor kerajaan...aku tau rmai org kt luar sana mcari2 kerja kerajaan..mcm mane nk buat? kerajaan mmg byk kelebihan..so smstinye org berpusu2 nk keje kan...aku just hrp dibuka ruang ntuk aku n apis masuk kerajaan...huu..smua kuasa Allah...msti ade sebab knape aku xdpt keje kerajaan lg...tp aku berharap sgt aku akan dpt 1 hr nanti...hnya pdaMu aku berserah Allah...

Aku chat ngn akak je hrni....huhu...asik tercerita pasal ciksuzie tu...aku dah bosan sgt sbnrnye...bile aku bca profile die ...xpnah skali timbul kesedaran kt die...bahkan die ckp mcm2 mcm aku yg salah smuanya...aku xde la kate aku ni xsalah...aku mgkin ade silapnye..tp bila dh jd cmni...aku dah xreti nk ckp...die kate die gurau...tp knape die xdtg2 kt aku terangkan yg die gurau....huhu...sbnrnye aku ni pon bodo..dah terang2 nmpk yg die tu just nk tutup kesalahan die..tp still tertanya2...tah pape...huhu...aku patutnye xperlu fkir kan...aku xtau la salah aku ke? aku diam diri ni? xkot..kami dah saling mnta maaf..cume die ttp ngn kate die xnk kawn ngn aku...so? ending die mmg xde ape2 la kan...die pon siap ade bff bru...hahaha...lawak btol...knape perlu nk menunjuk2 ye? hehehehe...byk bnda yg aku tertanya2...kalau niat die nk sakitkan hati...kan lebih baik die deleted aku terus..die pon xde dosa ape..aku pon xde dosa ape...knape susah die nk fhm? aku bkn xnk deleted die..aku cume xnk keruhkan keadaan...aku lebih rela die deleted aku...sbb aku bole kawal situasi tu nnti...susah btol mpunyai kwn bernama suzie ni...die buat mcm aku bru knal ngn die...sedangkan 7 thn ni..aku dah ckup knal die...ckup knal cara die..ckup knal fmly die..smua aku tau pasal die...mmg rumit keadaan bile kte layan...sbb tu aku amik keputusan xnk layan...sbb aku tauu cara die..

aku yg patut undur diri...tentukan haluan hdup aku sndiri...kwn2 yg ade...aku ttp hargai..tu smua tentuan Allah menemukan mereka ngn aku...jd aku xde mslh ntuk tu...yg harus aku focus pd bakal suami dn keluarga aku n keluarga apis...itu yg paling penting...huhu...aku akan cube menjaga hati smua org sbaik mungkin...aku akan menebus kesilapan yg lepas2...yg aku buat tnpa berlandaskan akal...aku akan cube sbaik mungkin...hnya pdMu ya Allah ..hnya Engkau yg mampu~...

ok...aku pon kurang larat dah nk tulis2..hehe...aku xmkn tghari smpai skng...sbb tu lesu skit kot...hehe...xpe2 aku kn nk kurus...lgpn makanan mmg xde..kalu ade mmg da bedal..hehe...ok smpai sni je la ntuk hr ni...aku aka n smbung menulis pd hr isnin insya ALlah kalau umurku masih panjang...

smpai disini je...smoga Allah memberi keredhaan kpd kite weekend ni...Allah maha Besar....

Assalamualaikum~

~Kisah Seorang Insan Bernama Akasyah~


Pernah diceritakan suatu peristiwa apabila Rasulullah s.a.w berkata, "apabila ada di antara kalian yang merasa pernah kuzalimi, ku harap dia mahu menuntutnya dariku di dunia ini sebelum datangnya tuntutan yang amat dasyat pada hari akhirat kelak.".

Berulang kali Nabi Muhammad mengucapkan kata-kata itu, tetapi tidak ada suara yang mahu menyahutnya. Sebaliknya ada yang menangis menyaksikan ketulusan dan keadilan seorang pemimpin agung ini yang sudah berkorban segala-galanya demi umatnya.

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang bernama Akasyah bin Muhshin dan berkata, "Aku ya Rasulullah yang akan mengajukan tuntutan padamu?". Mendengar kata-kata Akasyah para sahabt di sekitar nabi seakan disambar petir yang dasyat. Jantung mereka berdebar dan suara tangisan saling bersahutan.

Kemudian kata Rsaulullah, "biarkan Akasyah mengajukan tuntutannya kepadaku, aku lebih bahagia boleh menunaikannya di dunia ini sebelum tibanya hari kiamat kelak"..."Wahai Akasyah katakanlah apa yang pernah ku lakukan terhadap dirimu sehingga engaku berhak membalas terhadap diriku.

Lalu Akasyah berkata, "pernah suatu ketika waktu itu untaku berada di samping untamu. Aku turun dari untaku untuk menghampirimu, tiba-tiba baginda angkat kayu penyebat unta baginda dan kayu itu mengenai bahagian belakangku. Aku tidak tahu apakah baginda lakukan itu dengan sengaja atau kerana ingin menyebat unta itu?"

Kemudian Rasulullah menjawab, 'Wahai Akasyah, Rasul ALLAH tidak akan sengaja melakukan perbuatan seperti itu, tetapi bagaimanapun engkau mempunyai hak untuk membalasnya.

Lalu Rsaulullah menyuruh bilal pergi ke rumah puterinya Fatimah untuk mengambil kayu di sana agar dapat diberikan kepada Akasyah untuk membalas semula. Setibayan di rumah fatimah, fatimah sanagt terkejut dan mengatakan "wahai Bilal apakah ada orang yang sanggup memukul nabi dengan kayu?" Tanpa menjawab, Bilal berlalu emninggalkan rumah Fatimah sambil membawa kayu itu.

Setibanya di situ, para sahabat yang menyaksikan turut berkata kepada Akasyah, "Wahai Akasyah, kami mahu menjadi tebusan Nabi. Balaslah kami asal jangan engkau balas ke atas kasad Nabi s.a.w.

Lalu Rasulullah berkata lagi " Biarkanlah Akasyah wahai para sahabatku, sungguh ALLAH Maha Mengetahui akan kedudukan kalian". "Wahai Akasyah, pukullah aku apabial benar bahawa aku pernah memukulmu".

"Tetapi ya Rasulullah, waktu baginda memukul aku, saat itu aku tidak memakai baju," jawab Akasyah.

Nabi membuka bajunya dan bersedia untuk dipukul Akasyah. Para sahabat menangis menyaksikan kejadian itu. Tiba-tiba Akasyah membuang kayu yang digenggamnya, lalu memeluk dan meletakkan tubuhnya pada tubuh Rasululllah s.a.w dan berkata "Wahai junjunganku Rsaulullah, jiwa ini adalah tebusanmu; hati siapa yang akan tergamak memukulmu. Aku lakukan ini semata-mata berharap badan ini boleh bersentuhan denagn badanmu yang mulia. Dengannya ku harap ALLAH akan boleh memeliharaku dari sentuhan api neraka.

Nabi kemudian bersabda; "Ketahuilah bahawa siapa yang ingin melihat penghuni syurga, maka lihatlah Akasyah."

Thursday, December 16, 2010

~Petua Dimurahkan Rezeki Allah S.W.T~


1. Selalu berusaha dengan sebaik-baiknya, baik sebagai pengusaha, pegawai, pekerja, pedagang, dan lain-lain yang pada dasarnya dapat menghasilkan wang.


Firman Allah : " Dialah Allah yang menjadikan Bumi ini mudah bagi Kamu, maka berjalanlah disegala penjuru dan makanlah sebagian dari Rezeki-NYA. Dan hanya kepada-NYA lah kamu

( kembali setelah ) dibangkitkan ". ( QS Al Mulk : 15 )

2. Bertakwa dalam erti menjalankan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan-NYA.

Firman Allah : " Dan barang siapa yang bertakwa pada Allah, maka baginya akan diberikan jalan keluar dan akan diberikan Rezeki yang datangnya tanpa disangka-sangka ".QS Ath Tholaq : 2-3

3. Banyak membaca Istighfar. Iaitu memohon keampunan dari Allah SWT, atas segala dosa dan kesalahan. Firman Allah : " Mohonlah Keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun, nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula sungai-sungai ". ( QS Nuh : 10-12 )

" Memperbanyak Istighfar itu dapat mendatangkan ( menarik) rezeki " ( Lubabu al Hadits)

4. Bertawakal kepada Allah iaitu berserah diri dan menyandarkan segala urusan kepada Allah jua, seraya mohon pertolongan atas keberhasilan untuk memperoleh Rezeki yang lapang dan halal. Firman Allah : " Dan barang siapa ber Tawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan ( keperluan )-nya ". ( QS Ath Thalaq : 3 )

5. Berdoa memohon dengan berzikir, kerana Allah s.w.t. adalah Dzat yang memberi rezeki dan kekuatan. Berdoa dengan mendekat pada Allah ( Ber Taqarrub )

Firman Allah : " Berdoalah kepada-KU ( Allah ) nescaya AKU ( Allah ) akan mengabulkannya ".( QS Al- Mukmin : 60 )

6. Bermurah Hati serta gemar mengInfaqkan sebahagian dari harta bendanya ke jalan Allah.

Firman Allah : " Dan apa saja yang engkau Infaqkan, maka Allah akan mengganti. Dan DIA-lah sebaik-baik Pemberi Rezeki ". ( QS Saba' : 39 )

7. Bertahmid, iaitu membaca Al-Hamdulillah ketika mendapat rezeki atau

mendapatkan sesuatu yang menggembirakan. Bertahmid itu ertinya memuji dan bersyukur atas pemberian NikmatNYA itu. Allah akan selalu menambah rezeki orang-orang yang bersyukur.

Firman Allah : " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami ( Allah ), akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari ( Nikmat-KU ), sesungguhnya Azab-KU sangat pedih " ( QS Ibrahim : 7 ).

~16 hari lagi~

harini sakit pewod


Assalamualaikum.....
ni hr kedua aku menulis kt blog ni...aku suke tgk blog ni...cntik warna oren..hehe..nnti aku akan upgrated bg lg cntik...tp kene btol2 pndai la..kang jadi ape2 lak..hehe

Ok hari ni...16/12/2010 hari khamis...16 hari lg hari aku akan bernikah dgn Mohammad Azhafiz Adenan....smoga sgala urusan dipermudahkan dan direstui Allah dan keluarga...aminn... dan hari ni adalah 10muharram iaitu hari Assyuraa...aku ade bru tbaca berkenaan hari Asyuura ni..mmg byk kelebihan pahalanya...n mcm2 sejarah menarik berlaku pd hari Assyura ni..mmg btol2 wat aku smgat bkobar2 nk bpuasa...siap bg sahur pg td...dah la aku jmput famly aku bpuasa..hehe..sume bpuasa agaknye..alhmdulillah..sekurang2nya dorang dpt pahala yg dijanjikan Allah...hehe...yg aku ni...mmg agak sedey ..dlm kol 11 pg td aku da rasa xsedap perut..then sedar2 mmg aku period..mmg 16hb aku period kalau ikutkn bulan lepas...tp xsngka plak bln ni ngam2 die nk peod..wuu..mmg sedey laa..aku nk sgt puasa..tp ape kan daya..ni mmg ketentuan Allah..nk sedey ke nk ape ke..xleh kate ape la..hehe..Allah dah kate period...jd period la aku hrni...huuu..xpe la..Dia lg tau betapa bsungguhnya aku..n Dia je la yg layak menentukan nasib ku...Segala puji bgiMu Ya Allah~ :)

So harini aku sorang je la xpuasa..hehe..apis n fmly sume puasa..hehe..xpe aku doakan dorang kuat smgt...hrini cadang ngn apis nk buka puasa mkn makanan cafe die...free..tp aku ade rase xsedap..aku mkn chieken chop tp fmly aku....hmm..nk bwk blik chieken chop ade 1...aku xkisah sbnrnye nk kongsi..memandangkan aku pon xpuasa kan...tgk la cmne..aku bincang lg ngn apis...aku sbnrnye bsyukur sgt sbb apis mmg seorg yg baik hati..dia xde bkira apa pon..kalau aku ckp mkanan tu kongsi ngn fmly die msti xkn ade mslh...mmg bertuah aku..cume aku ade terfikir...die pon puasa harini..kalau die makan sedap skit lg senang hati aku...n kalau dpt bg fmly aku mmg btmbah2 senang hati..cume xbest bnda tu satu..xsmpai hati...tp xpe..decision akan dbuat ptg ni..ape jua keputusan yg aku buat nnti..aku hrp bia la btol dan berasaskn logik...huhuhu..insya Allah pas kawen..kalu ade rezki lebih...kedudukan da stable..aku bg sume mkn ckup..kalau ade lebih..bg lebih pon xpe..aku suke~ hehe

Harini chat kt fb ngn kakuya n asma je....kakuya mc harini..die mnta pjm duit...time die tepon aku kate xde duit...cian die...sbnrnye la eh....aku ckp trus trg...duit aku yg apis bg hantaran tu mmg da tggl 4 ribu...genap2...drp 7 ribu...sbnrnye byk gk duit tu abes..tp aku bru byr dewan je..yg lain2 ade la mcm katil, kad, mama pinjam, n mcm2....so 4ribu ni aku mmg xnk sentuh sbb nk byr makan + pelamin 2ribu 2ribu...then skng aku ade dlm bank duit gaji smlm ade la dlm 70...aku dah kuar 60 ..so kire da xde duit la kan..then kakuya terdesak perlukan duit..aku silap bole kate xde..sbb aku fkr duit dlm bank..duit yg 4 rbu tu mmg aku saje xnk fkr sbb kalau sentuh mmg kurang la..even kakuya bayar balik...susah..duit ni kalau dlm tngan pasti guna...tp xpe la..aku kene igt...time aku susah kakuya byk gak tolong aku...jd die pon nk pjm je..aku kene bg...kesian die..kalau aku kt tmpt die..aku tau prsaan die...hmm..sorry la kakuya...xsgja td..xpe nnti yana bg k..insya Allah...

Mama lak..aku pasti mama pon xde duit..aku mmg kesian sgt...smlm aku mrh2 bile mama sbut beli brg2 dapur..sbb kan aku kate aku pon xde duit...huuu...even sbnrnye duit 4ribu tu ade...silap lg...aku xleh wat cmtu...aku ade bca byk ayat quran n hadis...kte lg dgalakkan bg bnda yg kte syg kpd org yg memerlukan...even aku syg duit..aku lg syg mak aku..cume kdg2 mulut aku xdpt nk kawal situasi...ade je nk dbebelkan...tp sbnrnye bile diberi masa...aku sedar smua tu...aku tau ganjaran Allah ntuk smua tu...tu la silap aku...tu la pkara yg paling sukar ntuk aku berubah..tp aku pasti akan ubah smua...aku janji pd diri sndiri ntuk kebaikan aku...dunia n akhirat...aku akan berubah perlahan2...Ya Allah tolong la hambaMu yg lemah ni...Mama..yana mnta maaf la ma...yana ni btol2 xdpt nk kawal time bebel2 tu...yana cube sbaik mungkin la xsakitkan hati sape2..doakan la yana k~ wuu wuu..sedey lak

Ok2..xmo sedey2...skng cite psl fb lak...aku bru teringat aku ade hutang suzie rm20..huhu..aku nk byr tp cmne tah..kalau ade akaun no die senang skt..tp kakuya kte bg kt BFF je..so asma pon kate ok nnti die bg rm20 tu kt suzie...hehe...susah btol keadaan skng...hmmm...lg 1 ade la skali 2 tbuka page suzie...hmm...ade sumthing yg wat xsedap badan baca..huhu...kdg2 ni mnusia mmg akn ade fkr bkn2..bile tbace yg die tulis mcm terasa kite je..tp bkn kot..hehe..kalau btol pon xpe la...tu hak die...aku xde rase ape sbnrnye...aku rase kosong bile igt hal tu...kalau nk ikut kan...xpela..redha je...tu la ketentuan Illahi...mcm2 bole jd kalau Dia kata Jadi~ kan? xde penafian kt situ...Kuasa Allah...Dia maha mengetahui...

Then td aku sakit perut senggugut...sbnrnye sblm ni bile period aku msti makan ponstand...aku tau mmg xelok...tp aku xamalkan berbijik2..aku mkn hr ptama je...sbb aku sakit sgt...so sblm ni dah bape bulan ponstand mmg ade dlm beg..cume bulan ni org gaji kt umah tu asik sakit gigi..so ponstand aku pon abes bg kt die..tu yg td tergagau2...igtkn bole tahan..aku pon lupe sakit die cmne..skali rupenye2 Allah je la tau...sakitnye mmg teruk sgt...nk duduk xleh baring pon xleh...aku msg apis je bgtau sakit...tp cian die..die bkn bole wat ape pon...so td aku dok dlm blik air..lama gile buang air n cuci ape yg patut..mmg sakit sgt..then xleh jd..aku kene g klnik gak beli ponstand sbb sakit makin menjadi2...aku pon g la jalan sorang2..aku xtau la aku malu tgk org rmai kt kedai makan..huhu...segan sgt...then..bile smpai klinik..nasib xde org...ehe..aku pon kate nk beli ponstand..die ckp sbijik rm1..mahalnyee...dlu 50sen je...so aku beli 3 je la..cina tu kate..period ke? jgn mkn byk die bole stop u pnye period..then aku kate la aku mkn 1st period..sbb xtahan...harap2 xde kesan sampingan yg teruk la...ok then time nk balik...aku jalan tu pnye la sakit gileee..aku xpnah sakit smpai cmtu time jalan...siap rasa nk muntah...sblm turun g klinik tu aku ade mnum air..tu yg rasa nk muntah...ohye..lupe time buka puasa td..aku mnum air teh n biskut mery je..sbb mknn xde...

Then..smpai opis aku amik sebijik n minum air..time nk terberak pon ade..aku masuk bilik air..sakitnye tuhan je tau...then aku xtahan sgt...rase nk muntah...nk muntah tu aku sayang sgt..sbb ubat bru je masuk..tp xde cara lain sbb btol2 xtahan...last aku muntah...nasib air je...bygkn ngn sakit perut + muntah lg..huu..saba2...sakit tu penghapus dosa2 kecil...then..aku pon kuar...mkn la kopok yg ade be4 telan setengah ponstand..pastu tgk xde perubahan aku telan lg setengah..time tu aku dah melepek bwh meja..xde sape pon peduli..huhu..kwn2 opis aku ni satu je..mmg xamik peduli..stkt tnye..ok ke? tu je la...then..lame2 aku rase mcm jap lega jap sakitt...masa tu dah nk pitam..aku cam nk kene tido...then igt nk tido kt surau tp org nk smyg lak..aku g tmpt kakwatie aku baring situ..die skit pon xtnya aku..hmm..lantak la..die msti igt aku nk mc esok ..sbb tu xtnye...huu..tgk aku buruk sngka...bkn ape sbb aku tau mmg btol la...hehe

then td aku tido...apis kol..kakwati kejut kate tunang kol..aku kate nnti aku tepon balik..time tu jap sakit jap x..smpai badan aku sakit smua..lemah + gigil2..then dah stgah jam baring..aku dok dpn balik..sakit same je..then aku amik lg stgah ponstand...n now...bru la xsakit langsung...cume badan rasa sengal2...aku prasan dah brape hr ni aku rase sengal badan tiap kali bgn drp tido...mmg xsedap la..aku rase toksik dlm badan ni dah berbaldi2 agaknye..nnti aku nk beli la tmpal kt kaki tu..bole kuarkn ape yg ptut..hehe...nnti share2 ngn fmly sume....so aku lega dah...sakit dah kurang...cume pad xde ni tpksa pakai tisu je...huhu...xpe nnti blik beli la.. so skng aku ngah tggu apis..die kt mid valley bru..so leh la tulis2 skit lg...hehehe...cmne la nk wat keputusan pasal makan buka puasa ni kan...hehehe...oh ye..sblm blik aku nk singgah pos office kt shamelin..smlm ade org anta kt umah..tp kakika tu xtau pasport die..so org tu suh amik kt sana je...hmm..leceh tol...hehe..aku beli sticker wall smlm ntuk lekat kt dinding blik..almaklum bakal pngantin bru sume nk bnda perfect kan...insya Allah...

Ha lg satu..si atiera ni esok dah nk g sngapore...patut die nk beli perfume untuk apis..sponsor hantaran aku..tp die da lari budjet...huhu..die mnta la aku bg rm50 lg..kesian lak aku rasa..susahkn die la plak..tp xleh wat pa la..aku xde duit da...huhu..hrp2 ok la...aminn...so ptg ni msukkn cek gaji..then cocok duit rm100..tm50 kakuya rm50 atiera..kalau ade lebih da bg mama da...:( maaf ye ma..yana xdpt bntu lg..kalau ade rezki hr isnin ye...insya Allah...tolong aku ye Ya Allah~ :)....ok smpai sini je la ye...byk da cite2 nye...esok kte smbung lg ye psl esok...pd waktu yg sama...kalau dberi keizinan...hehe

Assalamualaikum....

Wednesday, December 15, 2010

~17 Hari Lagi~




Assalamualaikum....

Hari ni 15/12/2010
Hari pertama aku menubuhkan blog ni..

Blog ni akan aku jadikan tmpt luahan hati...hehekalau ade org nk baca aku akn create yg lain n bg umum baca..

17 days ago aku ngah menghitung hari pernikahan aku dgn Mohammad Azhafiz Adenan..aku btol2 gembira dan xsabar rasanye..hehe..aku rasa hafiz is the rite person..insya Allah..aku sntiasa berdoa pd Allah agar kami diberkatiNya...

Hari ni juga lah en.mail g Instanbul...huhu..mmg best pegi sana...aku ade dgr kwn2 ckp instanbul negara yg indah..i hope i will get there soon....

ok ntuk di jadikan cerita hari ni...aku nk refresh skit psl aku ngn suzie...ini adalah pgaduhan besar yg awalnye dsebabkn bnda kecil...mmg xmasuk akal..tp aku sndiri xtau nk gmbarkan...smua kwn2 bff aku dah tau hal ni...smua pon dah mcm xterlayan hal ni...kalau aku bcrita mmg pjg lebar...aku pon dah xlarat nak crita...aku rasa dah 3 4 kali die kate xnk dtg wedding aku n xnk kawan ngn aku...aku skali pon xckp...so aku redha..mcm mana pon smpai masa aku akan jemput gak smua2...nk dtg ke x..itu tpulang..sbb hr bahagia aku bkn ntuk dpermainkan...

so xleh nk slahkn sape2...ni dah ketentuan Illahi..aku skit pon xde niat nk ptus kwn or bmusuhan...cume aku xtau nk ckp cmne ngn org yg xsudi nk kwn ngn aku...so xpe..aku doakn die bhagia dgn cara dia...aku rase masanye aku mulakan hdup yg baru...xkisah la janji hidup bru aku ni akan lebih bermakna...aku akan cube mdekatkan diri pd Allah dgn cara yg btol dan diizinkanNya....mungkin xsemua org tau apa sbnrnya target or ape cita2 aku lepas kawen..hehe...

Aku ade sumthing yg aku nk archive bile aku kawen...sbnrnya bkn la aku nk berubah slepas aku kawen je..aku dah mulakan bbrapa bulan yg lepas..xpasti ade org prasan ke x..tp sbnrnya aku lakukan bkn ntuk menunjuk2..aku ikhlas demi Allah...cume ade a few thing yg aku masih lemah..masih xkuat...jadi aku bharap lepas aku kawen aku dpt menguatkn smua impian aku ni...aku akn cube mengubah diri aku perlahan2 kerana Allah s.w.t...scara xlngsng aku akan taat kpd suami aku...aku bharap diberi keredhaan Allah..diberi kesabaran dan keimanan yg tinggi...bersabar dan mjadi seorg yg ikhlas dlm kasih sayang....aku mula sedar betapa indahnya iman ni...aku btol2 bsyukur kerana di beri kesedaran dan dilahirkan sebgai islam...Alhmdulillah...

Aku akan blajar lebih mendalam ttg islam...smua org ade asas tp xsmua org nak mendalami asas tu..tp aku btol2 nk..sgt2 teruja...jadi pemilihan aku thadap hafiz aku harap sgt tepat...aku nak sgt sama2 ngn hafiz smyg,puasa, baca buku agama, btukar pendapat n paling penting jd manusia yg baik hati dan ikhlas....aku bsyukur kenal ngn hafiz...scara xlngsng die kdg2 mbantu aku dlm mengawal emosi..sbb tu aku sayang sgt kt dia..dia ada keistimewaan yg tsendiri..susah nk gmbarkan...aku ade byk kekurangan yg diperbaiki lepas ni bile bsama die...jd aku nk mulakan perlahan2...smpai aku berjaya ...insya Allah...

Pasal kawan2 ...aku xde mslh dlm bkawan..lepas ni aku akan lebih kerap berkepit ngn apis..sbb die da suami aku..hehehe..aku suke...so kalau nk jmpe sape2 aku xde mslh..sbb aku tau kwn2 aku pon sume akn bkawen 1 hari nnti..so mmg xde mslh nk jmpe same2...bcuti sama2 ke...cume aku xleh huha huha sgt la...aku xsmpai hati nk tgglkn hafiz sorang2...even kalau die kasi pn...aku mmg xnk..hehe..tp klu nk jmpe tiera tu..aku hrp dpt keizinan hafiz la nnti...hehehe...

So tggl lg 17 hari...aku akan cube update hri2 blog ni smpai hari bahagia aku...smoga aku berjaya dalam hidup...berjaya menunaikan impian yg wajib dlakukan umat islam...insya ALlah...dengan keiizinan Allah....amin~ Assalamualaikum







Tuesday, December 14, 2010

Are We Strong Enough??



Adakah kita ckup tabah untuk ini???


kalau kita rasa kita sedey pasti ada yg lebih sedey daripada kita...
kalau kita rasa hidup kita susah pasti ada yang lebih susah daripada kita...
kalau kita rasa kita byk msalah pasti ada org yg lebih byk mslh daripada...

kalau kita rasa kita byk dugaan dan ujian drp Allah itu bermakna Allah sayangkan kita...Dia menguji kita dgn dugaan untuk menguji keimanan kita kepadaNya..makin byk dugaan yg dberikan makin kuat kasih sayangNya kpd kita...MasyaAllah~

kalau lihat gmba bdak palestin ni pasti akan melinang air mata..pasti rasa marah pd org yg mbunuh ibu bdak ni..mesti kita sumpah serana org yg membunuh ibu budak ni..mcm mana la hari budak ni slepas kematian ibu dia kan? apa la yg dia tgah buat skng ni? ntah masih bernyawa ke tidak..hmm..smoga roh ibunya ditempatkan bsama org2 beriman...

sperti yg kita tau disetiap ketentuan Allah pasti mempunyai hikmah yg tidak dijangka dan tak terkira...kta sbgai hambaNya hanya perlu berdoa dan besyukur dgn kehidupan dan dugaan kecil yg dberikan..beryukurlah dgn apa kita perolehi skng ni...Alhamdulillah...


Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
(Al-Baqarah 2:154)